KENAPA BUKAN EMAS 916?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya".

Hari ni saya ingin berkongsi mengapa saya tidak galakkan anda membuat simpanan emas fizikal dengan emas jenis 916 dan ke bawah. Nama popularnya adalah barangan kemas.


Ramai orang terkeliru antara emas sebagai perhiasan dan emas sebagai simpanan dan pelaburan. Kekeliruan ini menyebabkan ramai orang menyimpan jenis emas yang salah dengan harapan beroleh untung di masa depan.

Kekeliruan kecil ini besar impaknya kerana sebenarnya anda sedang berjudi nasib semata tanpa ilmu. Hakikat judi, pasti rugi! 

Jadi, sediakan ilmu secukupnya sebelum mula menyimpan emas fizikal secara serius.

NASIHAT IKHLAS

Elakkan beli emas sebab cantik jika tujuannya untuk simpanan dan pelaburan! :) 

Emas cantik hanya untuk perhiasan. Bukan untuk simpanan atau pelaburan. Baik untuk jangka masa pendek atau pun jangka masa panjang.

Saya berkongsikan bersama anda laporan eksklusif dalam group emas kami ini. Bukan saja berkongsi tau. Tapi semoga anda dapat manfaat dan pencerahan daripadanya.


Rakan saya ni saja ingin test market dengan menjual semula gelangnya seberat 9.2g. Emas jenis 916.

Harga ketika beli setahun lalu adalah RM1600. Kiraannya termasuk berat emas 916 x nilai emas 916 ketika itu. Tambah kos upah dan tidak lupa juga GST.

Selalu saya tekankan bahawa berapa pun jumlah RM yang anda beli tidak menentukan untung atau rugi belian emas itu. Untung atau ruginya ditentukan apabila emas itu dijual semula.

Jom kita lihat berapa keuntungannya ketika jualan semula.

Kedai emas hanya mahu ambil semula dengan harga RM1100 sahaja. Kiraannya merangkumi harga emas 916 semasa x berat emas.

Jumlahnya tolak dengan susut nilai setinggi 25%. Kos upah semasa belian sebelumnya dan GST juga tidak diambilkira.

Untung ke? Hurm...budak tadika pun pandai jawab. Tentunya rugi. RM500 rugi hangus kalau jual :)

APAKAH CARA YANG BETUL UNTUK SIMPAN EMAS?

Jika kita berhajat nak cepat gandakan kekayaan, cari, beli dan simpan emas jenis 999. Emas 999 pula, elakkan beli ikut sedap mara memandang. 

Semakin sedap mata memandang, semakin mahal harganya. Cari yang bentuk plain je. Elakkan cari yang 'special edition' dengan pelbagai ukiran yang tidak diperlukan.

Ingat, anda penyimpan emas untuk simpanan dan pelaburan. Bukan pengumpul koleksi emas untuk tujuan suka-suka. Jika banyak lebihan wang anda, silakan. :)

Anda akan untung maksimum walaupun anda hanya simpan setahun penuh sahaja. Kenaikan nilai emas 999 antara 25 hingga 60% setahun dalam jangka masa panjang dan dalam ketidaktentuan ekonomi sekarang.

Contoh emas 999 dari Power Gold

Berbanding anda simpan emas 'cantik'. Makan masa berpuluh tahun untuk nilainya menjadi berganda. 

Kenaikannya antara 5-15% sahaja setahun. Itu belum dikira spread atau susut nilainya yang juga tinggi berbanding emas jenis 999.

So, be wise! Pilihlah yang mana lebih memberi keuntungan maksima kepada anda.

ILMU & MENTOR

Ramai orang rugi simpan emas bukan kerana emas tapi kerana kurang ilmu dan ketiadaan mentor untuk mereka rujuki.

Tak salah cuba-cuba. Tapi bayangkan berapa banyak anda rugi dengan hanya mencuba-cuba saja. Ikuti saja jalan singkat melalui ilmu dengan pembacaan dan juga panduan dari mentor.

Kita sedang selamatkan masa, tenaga dan harta kita dari banyak terbuang secara sia-sia saja. Betul ke betul?

Semoga bermanfaat. Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...