POWERGOLD PATUH SYARIAH?


Assalamualaikum dan sala sejahtera kepada semua.
Kami doakan,'Anda Kaya dan Berjaya.'

Kami mengambil berat mengenai sejauhmana kepatuhan syariah sistem MLM Power Gold ini untuk memastikan income yang kami dapat dari sumber dan cara yang halal.

Bukankah mencari yang halal lagi baik itu adalah suatu kewajipan? 

Malahan ia sangat dituntut kerana dari rezeki inilah kita dapat melakukan ibadat dan mengagihkan rezeki bersama keluarga dan orang yang memerlukan.

Kami jelaskan bab ini secara ringkas supaya persoalan halal dan haram, kedudukan Power Gold sebagai MLM patuh syariah dapat difahami dengan mudah. 

Saya percaya, bisnes perlu dibina atas keyakinan, bukan keraguan.

Huraian ini berdasarkan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah yang dikeluarkan pada Jun 2011 dan digunapakai sehingga sekarang.

AWAS......AGAK PANJANG TULISANNYA. SEDIAKAN MASA ANDA!

1. YURAN

JAKIM mensyaratkan:

(a) Yuran yang ditetapkan, hendaklah pada kadar minimum meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu kelengkapan jualan yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika syarikat.

(b) Melalui pendaftaran, peserta secara automatik telah menjadi ahli atau pengedar, wakil jualan atau ejen kepada syarikat jualan langsung.

(c) Yuran keahlian hendaklah tidak menjurus kepada menjadi sumber bayaran kepada perekrutan ahli baru yang menjadi asas skim piramid.

(d) Pembayaran yuran penyertaan tanpa sebarang imbalan pertukaran barang atau perkhidmatan adalah mengandungi elemen riba al-fadhl dan riba al-nasi'ah, iaitu meletakkan sejumlah wang tunai (yuran penyertaan) dengan tujuan untuk mendapat sejumlah wang yang lebih banyak yang berlaku secara tangguh.

Yuran Power Gold merangkumi:

(a) Yuran sangat minimum untuk seumur hidup. bukan kutipan bulanan.
(b) Pendaftaran sebagai agen atau stokis syarikat.
(c) Yuran keahlian merangkumi pendaftaran, laman web pemasaran, emas, pengedaran dan lain-lain. Bukan untuk tujuan perekrutan ahli.
(c) Imbalan emas fizikal. 0.5 gram untuk pakej Gold, 1 gram untuk pakej Solid Gold dan 2 dinar untuk pakej Super Power Gold.

Syarat ini jelas dipatuhi oleh Power Gold dengan meletakkan yuran keahliannya dalam 3 pakej utama seperti diterangkan sebelum ini.

PAKEJ: RM350 | RM450 | RM3800

2. TUJUAN MENJADI PESERTA

JAKIM mensyaratkan:

Tujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan ketetapan syarak:

(i) membeli dan menggunakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan; dan/atau

(ii) menjadi pengedar, wakil atau ejen jualan kepada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan.

Power Gold:

Memenuhi syarat ini dengan memberi peluang kepada ahlinya untuk membeli emas yang dikeluarkan dengan lebih murah pada harga kilang sebagai keistimewaannya.

Ahli juga menikmati insentif dan komisyen yang diberikan oleh syarikat apabila mereka bertindak sebagai pengedar atau agen aktif dalam berkongsi keistimewaan simpanan dan urusniaga emas bersama masyarakat.


3. AKAD

JAKIM mensyaratkan:

(a) Akad antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas antara syarikat dengan peserta.

(b) Dengan tidak menafikan kemungkinan penggunaan akad-akad yang lain. 

Pada asasnya akad utama di dalam perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat (MLM) ialah akad al-Ju`alah.

(i) Al-Ju`alah 

Akad yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji iatu al-ja’il.

Akad ini bersifat result-oriented (berorientasikan natijah) dan bukannya effort-oriented (berorientasikan usaha). 

Upah hanya wajib diberi oleh al-ja’il dan layak diterima oleh orang yang melakukan kerja iaitu al-’amil apabila natijahnya berjaya direalisasikan dan bukan atas usaha dan tenaga.

Sebagai contoh, katakan Encik A berkata kepada Cikgu B:"Kalau cikgu berjaya mengajar anak saya C sehingga dia boleh membaca, saya bayar cikgu RM500".

Cikgu B berusaha mengajar C tetapi dia tetap tidak boleh membaca. Kesannya, Cikgu B tidak berhak mendapat RM500 yang dijanjikan walaupun telah menghabiskan masa dan tenaga mengajar anak Encik A.

Kerana di sini syarat yang ditetapkan oleh Encik A dan dipersetujui oleh Cikgu B menyebabkan akad menjadi berorientasikan hasil (al-Ju'alah).

Berbeza halnya sekiranya Encik A berkata kepada Cikgu B:
"Cikgu B tolong ajar anak saya C membaca empat jam seminggu selama sebulan. Saya bayar kepada Cikgu B RM500."

Di sini, sama ada C selepas itu boleh membaca atau tidak, selagi Cikgu B telah menjalankan kerja yang disyaratkan iaitu mengajar anak Encik A, C, membaca dalam tempoh tersebut, maka Cikgu B berhak mendapat RM500 yang dijanjikan kerana di sini akad berorientasikan usaha dan masa.

Akad al-Ju’alah umumnya adalah akad yang tidak mengikat kedua-dua pihak dan didapati praktikal dengan amalan MLM di mana peserta bukan pekerja kepada syarikat dan syarikat pula bukan majikan kepada pekerja.

(ii) Hibah 

Hibah ialah suatu pemberian sukarela yang diharuskan oleh syarak oleh syarikat kepada peserta.

(iii) Al-Bay’ (jual beli)

Akad jual beli yang berlaku antara syarikat dan peserta atau antara syarikat dan pengguna akhir atau antara peserta dan pengguna akhir.

MLM POWER GOLD:

Power Gold menjadi al-ja’il atau orang yang membuat janji melalui akad al-ju’alah sementara peserta pula menjadi al-’amil atau pelaksana dengan memenuhi syarat-syarat upah yang ditetapkan syarikat.

Di antara sesama peserta pula iaitu uplines dan downlines, tidak wujud akad tertentu selain hubungan kerjasama sebagai al-musytarikun fi al-’amal atau pihak-pihak yang melaksanakan sesuatu tugas secara bersama-sama yang berkongsi upah.

Power Gold memberikan pemberian secara sukarela melalui Reward Point I, II dan III (rujuk jadual bonus) kepada semua ahli secara berperingkat sebagai perkongsian keuntungan.

Akad jual beli pula digunakan untuk semua transaksi jual beli emas fizikalnya dalam satu masa. Produk akan dipos oleh syarikat atau diberikan secara Cash-on-Delivery (COD) oleh agen yang memegang stok emas.

4. KONTRAK BERTERASKAN SALING MEREDHAI

JAKIM mensyaratkan:

(a) Akad antara pihak-pihak yang berkontrak hendaklah saling meredhai semasa memeterai akad. Ia merupakan syarat sah akad.

(b) Hukum syarak menggariskan bahawa prinsip saling meredhai berlaku apabila terdapatnya niat yang memberi kesan kepada akad iaitu bebas daripada tekanan atau paksaan. 

Justeru, transaksi jualan langsung hendaklah berpaksikan kepada prinsip redha-meredhai serta bebas daripada unsur paksaan, manipulasi dan eksploitasi.

POWER GOLD:

Jelas diterangkan bahawa sistem bisnes Power Gold adalah mematuhi syarat ini kerana setiap ahli, bebas untuk membuat simpanan jika tidak mahu berbisnes. 

Manakala untuk mereka yang ingin berbisnes, peluang trading dan networking disediakan dengan insentif yang pelbagai.

TIADA PAKSAAN.

5. KEISTIMEWAAN PESERTA

JAKIM mensyaratkan:

Setiap peserta syarikat jualan langsung layak menikmati salah satu atau gabungan keistimewaan berikut:

(i) Mendapat potongan harga bagi setiap pembelian dan/atau mendapat baucar atau kupon bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat. Potongan tersebut adalah berdasarkan akad al-wa’d bi al-hibah (janji untuk memberi hibah).

(ii) Mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain bagi setiap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan orang di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya berdasarkan akad al-ju’alah.

(iii) Menjadi pengedar kepada rangkaian produk syarikat iaitu menjadi suatu entiti perniagaan berasingan di bawah syarikat jualan langsung (independent business owner). 

POWER GOLD:

Saya kira sangat jelas jika dilihat pada carta bonus dan keistimewaan ahli bagi setiap pakej, ahli mendapat semua keistimewaan yang ditawarkan.

(i) Ahli mendapat potongan harga emas RM20/gram. Stokis mendapat potongan lebih banyak.

(ii) Ahli yang aktif berniaga dan membina rangkaian bisnes sendiri akan mendapat komisyen dan bonus yang ditetapkan.

(iii) Ahli adalah automatik menjadi pengedar bebas syarikat. Tidak terikat dengan kontrak dan boleh berhenti pada bila-bila masa.


6. KRITERIA PRODUK

JAKIM mensyaratkan:

(a) Produk yang dikeluarkan hendaklah terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang halal dan bermanfaat menurut perspektif syarak.

(b) Produk umumnya perlu merupakan produk yang berkualiti dan selamat digunakan dan mestilah dijangka secara wajar, munasabah dan adil bahawa produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna sasaran.

(c) Produk bukanlah sebagai “topeng” atau helah dalam urus niaga bagi mengaburi ciri-ciri skim piramid atau skim cepat kaya. Kekuatan syarikat jualan langsung adalah terletak kepada produk yang bermutu dan bukan terhadap objektif jangka pendek bagi tujuan mengaut keuntungan segera semata-mata.

(d) Produk bukanlah terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh kerana melibatkan elemen riba.

POWER GOLD:

(a) Produk utama dan satu-satunya produknya adalah emas. 

(b) Emas adalah logam bernilai dan paling bermanfaat untuk manusia dan sentiasa diminati.

(c) Setiap transaksi jual beli adalah beli emas dapat emas. Bukan lainnya. Ia juga bukan topeng malahan ia adalah urusniaga hakiki.

Untuk syarat (d) elok saya jelaskan lebih panjang berdasarkan jawapan majlis fatwa juga.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

Syarat Pertama: Taqabudh

Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada ‘majlis akad.’

Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a) Pembayaran secara tunai
b) Pembayaran secara cek yang diperakui 
c) Pembayaran secara cek peribadi
d) Pembayaran secara kad debit
e) Pembayaran secara kad kredit
f) Pemindahan wang daripada akaun simpanan/semasa.

Kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. 

Majlis akad boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. 

Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika 'majlis akad'.

Syarat Kedua: Secara Lani

Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani (segera). Tidak boleh ada sebarang unsur penangguhan, sama ada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Jadi saya kira jelas bahawa urusan jual beli emas Power Gold ini berdasarkan kepada 2 syarat ini dengan tepat hingga tidak memungkin terjadinya riba. 

Ini kerana pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. 

Perlu diberi perhatian, selagi barang/emas belum tiba kepada pembelinya:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. 

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual. Ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. 

7. HARGA PRODUK

JAKIM mensyaratkan:

(a) Harga produk yang ditawarkan hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang dan perkhidmatan. 

(b) Produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna pada harga yang ditawarkan tanpa mengambil kira pelan pemasaran MLM yang disediakan.

POWER GOLD:

(a) Produk berasaskan emas Power Gold jauh lebih murah dari harga emas pasaran. Ini kerana semua dijual pada harga kilang.

Ini menjadikan emas Power Gold lebih istimewa dan peluang bisnesnya juga lebih lumayan. Tiada unsur peningkatan harga apalagi harga melampau dalam permasalahan ini.

(b) Produk berasaskan emas tidak pernah dimakan zaman. Malahan ia adalah produk paling diminati dan semakin tinggi nilainya setiap zaman.

8. PEMBERIAN INSENTIF

JAKIM mensyaratkan:

(a) Pemberian insentif boleh berupa komisen, bonus atau faedah ekonomi yang lain yang diambil daripada keuntungan jualan produk dan/atau atas sumbangan syarikat.

(b) Pembayaran komisen, bonus atau faedah ekonomi lain  adalah berdasarkan prinsip al-jua`lah atau hibah.

(c) Pemberian komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah berasaskan jualan kuantiti barang atau perkhidmatan dan bukan berasaskan perekrutan atau pengambilan peserta baharu semata-mata. 

(d) Upline berhak menerima komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada pembelian atau jualan downline berdasarkan akad al-ju'alah iaitu pihak-pihak yang bersepakat dalam melaksanakan sesuatu kerja (al-mushtarikun fi al-a`mal) dan syarikat sebagai pihak yang menjanjikan upah (al-ja'il).

(e) Syarikat hendaklah menetapkan dengan jelas kerja yang perlu dilakukan dan natijah dan hasil yang perlu dicapai oleh peserta bagi melayakkannya mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dan mengisytiharkan syarat-syarat tersebut.

(f) Syarikat hendaklah memberi peluang secara adil kepada semua peserta untuk mendapatkan komisen, bonus atau insentif.

(g) Syarikat digalakkan untuk mempelbagaikan produk bagi membuka peluang kepada peserta memperbanyakkan jualan bagi tujuan mendapatkan komisen, bonus atau faedah ekonomi lain.

Pendekatan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya eksploitasi sistem atau rangkaian menjadi money game.

POWER GOLD:

Melihat kepada jadual bonus dan intensif sebelumnya, semua syarat ini berjaya dipenuhi tanpa sebarang kecacatan. 

Bukti keadilan sistem Power Gold juga terbukti apabila ramai downlines berjaya mendapatkan income lebih banyak daripada uplines hasil dari usaha jual beli (trading) dan pembinaan rangkaian mereka (network).

RUMUSAN: Secara asasnnya sistem Power Gold telah memenuhi status patuh syariah yang telah digariskan oleh JAKIM. 

Semoga penerangan ini membantu anda untuk membuat keputusan yang tepat dan cepat untuk bersama kami dalam bisnes ini.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga


*****************************

Baca lagi: 


    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...